BUKHARIMALEK.COM

Walaupun Murah, Kualiti Kamera Oppo A37 Setaraf iPhone

Gear, Review  /   /  By bukharimalek  /  360 views

Saya seorang pengguna Oppo A37, saya pernah bandingkan kamera Oppo A37 dan iPhone 7 kawan saya dan ternyata perbezaannya sungguh ketara. Jadi apa yang sama? Baik, secara jujurnya bagi saya kualiti kamera Oppo A37 juga antara kamera smart phone yang terbaik.

Saya bukan jenis manusia yang suka ikut perkembangan teknologi telefon pintar, apatah lagi hendak tukar telefon dengan kerap. Selagi boleh pakai saya pakai, senang cerita. Memandangkan telefon saya pernah diragut semasa travel ke Afghanistan, jadi saya nekad untuk membeli telefon baru mengikut kemampuan poket sendiri.

Oleh kerana kerja saya memerlukan gambar dengan kualiti yang baik, semasa itu saya ada dua pilihan telefon yang hendak dibeli bawah bajet RM700.00. Pertama Xiaomi Redmi note 3, dan yang kedua adalah Oppo A37. Pada mulanya saya ragu juga untuk memilih Oppo, agak annonying dengan jenama yang ini.

Ketika itu perasaan lebih kepada mimilih Xiaomi, mungkin atas faktor pengaruh rakan kerja. Barangkali! Disebabkan tujuan asal membeli telefon baru ialah untuk gambar, jadi saya membandingkan kualiti kamera di antara dua jenama ini dan akhirnya keputusan berpihak kepada Oppo A37.

Kebetulan masa ini saya juga mengejar trip ke Iran yang tinggal beberapa hari lagi, jadi mestilah mahu gambar yang cantik-cantik. Dan dibawah ini adalah hasil gambar yang diambil menggunakan kamera telefon Oppo A37. 100% bebas sebarang penapis (filter) ataupun editing.

Kualiti gambar sudah di resize kepada pixel yang lebih kecil untuk penjimatan ruangan web ini, kah! Dan di bawah adalah result untuk kamera hadapan yang anda selalu guna untuk selfie.

Yang ini pula gambar yang diambil dengan iPhone 5 s

Vs Oppo A37, tempat yang sama cuaca yang sama. Telefon yang berbeza, jadi kenapa perlu bayar lebih? Hiks.

Secara keseluruhan bagi saya kamera Oppo A37 juga antara yang terbaik anda boleh dapatkan dengan harga yang murah. Tetapi bergantung kepada kemahuan pengguna juga. Kalau anda tanya paling best telefon apa, saya mesti cakap iPhone 7!

Untuk kerja ringan macam ini, Oppo A37 pun sudah memadai. (cuba sedapkan hati sendiri), LEL!

About the Author

Editor at Thevocket.com
"Bukan jenis manusia yang mudah cool!"

Related Posts

Semenjak dua menjak ni rasa syok pula buat video walaupun hasilnya teruk! Percubaan berani buat...

Selain dari beg, kasut juga merupakan ‘senjata’ penting bagi saya ketika travel. Jadi sudah...