BUKHARIMALEK.COM

Percubaan Buat Video Walaupun Tak Tahu Apa-Apa Tentang Kamera

Gear, Review  /   /  By bukharimalek  /  220 views

Semenjak dua menjak ni rasa syok pula buat video walaupun hasilnya teruk! Percubaan berani buat video walaupun saya tak tahu apa-apa tentang kamera. Orang kata hidup ni kena berani mencuba baru tak membosankan, ahaks.

Setiap kali travel, saya selalu bawa kamera jenis action cam jenis SJcam M10. Itu pun kamera ehsan dari seorang rakan. Kerap juga rakam video walaupun saya sendiri tak pasti apa video yang saya rakam. yang penting rakam saja semua benda yang dirasakan menarik. LOL!

Kualiti Video SJcam M10

Kita ukur dengan harga, bagai saya secara peribadi kualiti video dari SJcam M10 agak baik. Bergantung juga kepada pencahayaan ketika rakaman, untuk gambar memang kurang memuaskan. Kalau ada bajet lebih memang disyorkan Go Pro, tapi kalau nak kamera murah SJcam M10 dah kira lulus.

Boleh lah dari tak ada.

Untuk software video editing saya memang gagal teruk! Solusinya saya pilih software paling mudah digunakan iaitu Filmora. Saya pernah menulis berkenaan software ini di blog Omg Hackers. Rujuk di sini.

Di bawah ini contoh video yang dihasilkan dari SJcam M10 yang sudah disunting menggunakan perisian Filmora.

Kredit kepada @ariffsopian untuk gambar awesome di atas.

About the Author

Editor at Thevocket.com
"Bukan jenis manusia yang mudah cool!"

Related Posts

Saya seorang pengguna Oppo A37, saya pernah bandingkan kamera Oppo A37 dan iPhone 7 kawan saya dan...

Selain dari beg, kasut juga merupakan ‘senjata’ penting bagi saya ketika travel. Jadi sudah...