BUKHARIMALEK.COM

Tips Dan Panduan Mudah Travel Ke Aceh, Indonesia Gaya ‘Noob’

Indonesia, Travel  /   /  By bukharimalek  /  157 views

Bagi saya, Aceh, Indonesia antara tempat yang sangat seronok dikunjugi. Walaupun Aceh adalah sebahagian daripada Indonesia, tetapi terdapat beberapa perkara yang menjadikan Aceh sangat unik. Yang ini anda mesti pergi lihat dan rasa sendiri.

Dari segi kos perbelanjaan pula, Aceh saya kira sebagai destinasi mampu milik. Antara sebab utama kenapa Aceh mendapat perhatian pelancong adalah selepas berlakunya peristiwa tsunami pada tahun 2004. Mungkin terdapat sedikit perbezaan pendapat yang mengatakan Aceh tidak sesuai untuk golongan ‘backpackers’ disebabkan faktor pengangkutan awam yang kurang baik, tetapi tidak bagi saya. Faktor pengangkutan awam bukan lah isu yang besar sebenarnya.

Pada pandangan saya, Aceh adalah destinasi yang unik, isitimewa, ramai orang baik, ada makanan yang sedap, penuh bersejarah dan selamat dikunjungi. Buat anda yang merancang ke Aceh, di sini saya kongsikan sedikit tips ringkas ‘dari noob kepada noob‘ yang mungkin boleh membantu.

Muzium Tsunami, Banda Aceh

Kedai Nasi Bebek, sangat disyorkan

Suasana di sekitar Banda Aceh

Tips ini pada dasarnya adalah perkara yang selalu menjadi masalah saya:

1. Cara keluar dari lapangan terbang menuju ke bandar utama
2. Penginapan
3. Bergerak dari satu tempat ke satu tempat

Soalan makan memang sah bukan masalah sebab kedai makanan halal banyak, jadi saya cuma kongsikan 3 tips ringkas ini sahaja. Nama pun tips dari noob, kah!

1. Keluar dari lapangan terbang ke bandar

Untuk keluar dari lapangan terbang ke bandar utama sebenarnya sangat mudah! Sebaik sahaja selesai semua urusan di imigresen, anda boleh cari perkhidmatan teksi yang terdapat diluar lapangan terbang.

Tiada risiko kena tipu atau segala hal yang merumitkan. Perkhidmatan teksi ini merupakan sebahagian daripada kemudahan perkhidmatan di lapangan terbang. Setiap tempahan anda secara sah akan disertakan resit dengan harga yang ditetapkan oleh pihak lapangan terbang sendiri.

Caj dari lapangan terbang ke bandar adalah sekitar 100 ribu rupiah, lebih kurang RM33 sahaja. Kalau pergi 3 orang boleh bahagi jadi 3. Dalam RM11 seorang sahaja.

2. Penginapan

Untuk penginapan, anda boleh buat tempahan awal menerusi laman web Agoda , Booking atau lain-lain. Kalau nak Walk-in pun boleh juga, dan cara paling mudah minta teksi hantarkan anda terus ke hotel. Mereka mungkin ada cadangan terbaik untuk anda, jangan risau.

Selalunya mereka akan cadangkan ‘Hotel Malaysia’, saya pun tak pasti apa nama hotel tu tetapi yang pasti sebab ramai orang Malaysia menginap di situ. Haha.

3. Bergerak dari satu tempat ke satu tempat

Pengangkutan awam seperti bas mungkin tidak begitu baik, tetapi jangan risau sebab anda boleh sewa beca. Beca di sana dikendali oleh motosikal dan boleh memuatkan hingga 3 penumpang maksimum. Kalau nak selesa, berdua itu lebih baik.

Harga untuk perkhidmatan beca bergantung ke mana lokasi yang anda mahu pergi. Kalau nak senang boleh sewa satu hari terus, dalam lingkungan RM20 sahaja. Lokasi menarik pula bagi saya bergantung kepada diri sendiri, mana anda rasa yang menarik anda pergi sahaja. Sebab travel ini kan untuk diri sendiri, tetapi sebaiknya pergilah melawat tempat-tempat bersejarah. Boleh lah tambah pengetahuan sikit-sikit.

About the Author

Editor at Thevocket.com
"Bukan jenis manusia yang mudah cool!"

Related Posts

99% Manusia suka travel terutama ke luar negara, hanya 1% peratus sahaja yang tidak suka. Ya!...

Untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat, Saya banyak menggunakan perkhidmatan Guangzhou...