BUKHARIMALEK.COM

Travel Ke Iran, Sebuah Negara Syiah

Iran, Travel  /   /  By bukharimalek  /  347 views

99% Manusia suka travel terutama ke luar negara, hanya 1% peratus sahaja yang tidak suka. Ya! Berdasarkan pengalaman, saya pernah jumpa manusia seperti itu. Fakta, serius! Dan travel boleh jadi sangat best bila anda buka pemikiran untuk memberanikan diri keluar dari zon selesa serta mencuba sesuatu yang baru. Ini pun betul, serius!

Menurut kitab musafir saya, tiada tempat di dunia yang tidak boleh pergi. Cuma kadang-kala perlu mempertimbangkan banyak aspek seperti kos perbelanjaan, keselamatan dan lain-lain. Sifir paling mudah adalah ‘tiada had untuk kembara’. Tanam sahaja impian, tiba masa nanti sampai lah tu.

Angan-angan itu menyeronokkan dan yang paling menarik ianya percuma, untuk siapa sahaja.

Apa yang tidak seronok adalah apabila anda sendiri membataskan had pemikiran anda, jangan sekat kemampuan diri sendiri! LOL sungguh.

Kelihatan sedikit ‘poyo’ di situ.

Ketika AirAsia mula memperkenalkan semula penerbangan ke Iran, banyak pandangan yang dilontarkan oleh masyarakat Malaysia. Sudah tentu ada yang postif dan negatif. Menjadi lumrah manusia untuk mudah ‘cepat’ tidak bersetuju.

Penghujung akhir tahun 2016, saya berpeluang melawat ke Iran. Itupun atas urusan kerja, jadi saya bercerita hanya berdasarkan pengalaman dan juga mata yang melihat. Sebut sahaja mahu ke Iran, saya tidak terlepas untuk ditanya beberapa soalan tipikal, di antaranya:

1. Buat apa Iran, selamat ke?

2. Iran kos belanja mahal tak?

3. Buat apa pergi Iran, negara Syiah. Support ekonomi syiah!

Ada beberapa jawapan yang hanya perlu dibidas dengan senyuman. Bagi saya, Iran adalah sebuah negara aman dan selamat untuk pelancong. Kos perbelanjaan pula jika mengukur ikut kemampuan saya memang agak mahal juga, dan yang terakhir, Iran memang sebuah negara Syiah! Ramai nak mati Syiah di situ.

Memang pasti Iran penuh dengan penganut agama Syiah, sepanjang di sana saya belum pernah jumpa orang muslim ‘Sunni’. Tapi itu bukan satu masalah, asalkan pandai jaga diri dan iman sudah cukup.

Setakat ini berlum pernah lagi saya dengar orang Syiah mengaku pergi travel sebab nak lihat dan nikmati keindahan bumi yang Allah cipta. Dalam masa yang sama lupa jaga batas, pergaulan dan juga tanggungjawab setiap hari dengan Tuhan. Mungkin sebab saya belum ada rakan travel berkefahaman Syiah dan sekarang rasa nak lempang sahaja muka sendiri. Kah!

Berdasarkan pemerhatian saya, orang di Iran ini sungguh ramah, beradab dan sopan kelakuanya baik terhadap penduduk tempatan ataupun pelancong asing. Sikap baik hati yang mereka tunjuk buat saya malu dengan diri sendiri. Saya pun belum tentu baik dan sopan seperti mereka.

Bagi mengelakan berlakunya lebih banyak salah faham, secara ringkasnya bagi pendapat saya, tiada isu besar untuk anda teroka keunikan yang ada di bumi parsi Iran. Pengalaman ke sana buat anda jadi lebih matang dan sedar tentang matlamat hidup.

Yang bagus jadikan contoh, yang buruk jadikan pengajaran supaya kita tidak memburuk. Akhir kata mohon maaf jika ada yang tidak selesa selepas membaca, blog bukharimalek.com adalah penulisan bersifat peribadi dan menggunakan perkhidmatan self-hosted yang dibayar sendiri setiap tahun.

Maceh.

About the Author

Editor at Thevocket.com
"Bukan jenis manusia yang mudah cool!"

Related Posts

Bagi saya, Aceh, Indonesia antara tempat yang sangat seronok dikunjugi. Walaupun Aceh adalah...

Untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat, Saya banyak menggunakan perkhidmatan Guangzhou...